Friday 28 August 2020

FUNGSI VITAMIN B KOMPLEKS

Vitamin B kompleks adalah merujuk kepada gabungan beberapa vitamin larut air terdiri B1 (thiamin), B2 (riboflovin), B3 (niacin), B5, B6 (pyridoxine), B12 (cobalamine), asid folik, asid panthothenic dan biotin.

Setiap anggota vitamin B kompleks memiliki struktur dan menjalankan fungsi sendiri dalam tubuh manusia. Vitamin B1, B2, B3, dan biotin berperanan dalam penghasilan tenaga, vitamin B6 penting untuk metabolisme asid amino, dan vitamin B12 dan asid folat membantu dalam pembelahan sel.

Masing-masing vitamin ini memiliki banyak fungsi tambahan. Namun, tidak ada fungsi yang mengharuskan semua vitamin B kompleks digunakan secara bersamaan.

Kekurangan vitamin B kompleks boleh menyebabkan lemah sistem saraf, mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 

Kekurangan vitamin B kompleks dalam badan juga menyebabkan pembentukan sel abnormal, mengakibatkan anemia, meningkatkan kesan tekanan perasaan dan boleh menjurus kepada kehilangan daya memori dan kurang fokus.

Selain itu, kekurangan vitamin B kompleks menyebabkan keadaan badan cepat letih, sesak nafas, insomnia dan mudah tersinggung.

Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin B kompleks membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Sebenarnya terlalu banyak manfaat, keperluan dan kebaikan vitamin B kompleks untuk badan. Pertamanya vitamin B kompleks menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

Vitamin B kompleks amat penting dalam merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak. Meningkatkan kemampuan berfikir kanak-kanak dan memberi tenaga.

Kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut juga berkait rapat dengan kehadiran vitamin B kompleks. Vitamin B kompleks juga penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf, mencegah stress dan menguatkan antibodi tubuh. Vitamin B Kompleks dapat membantu melambatkan proses uban rambut.

Kewujudan vitamin B kompleks amat penting untuk aktiviti sel genetik, pembentukan protein asid amino, serta proses dan perbaikan sel-sel darah merah. Maka itu, vitamin B kompleks dapat membantu mencegah anemia.

Kelebihan vitamin B kompleks itu memang amat penting untuk ibu mengandung terutama untuk aktiviti sel genetik, mencegah anemia (tekanan darah rendah) dan membekalkan asid folik yang sangat penting untuk mengelakkan kecacatan janin.

 

 

No comments:

Post a Comment