Sunday 30 January 2022

Umpama itik patah kaki

 
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumpamakan UMNO seperti itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh sebenarnya hanya kata-kata biasa yang tidak perlu diberi perhatian. Tidak perlu terasa hati.

Sebelum ini UMNO dan ahlinya telah dilabelkan dengan pelbagai gelaran seperti thaghut, anti-Islam, bahkan paling teruk dilabelkan kafir.

Penah berlaku sembahyang dua imam, kawasan kubur berasingan, nikah tidak sah dinikahkan jurunikah ahli UMNO dan sebagainya.

Jadi, apalah sangat kalau sekadar diumpamakan seperti itik patah kaki yang ingin berenang sendiri setelah sembuh.

Pas berasa hebat. Kononnya, Pas yang sembuhkan UMNO. Persoalannya, usaha dan apa telah dilakukan Pas yang boleh dianggap UMNO kembali kuat?

Pas lebih akrab bersama Bersatu melalui Perikatan Nasional (PN) yang berfungsi sebagai satu badan rasmi berdaftar. Sedangkan, Pas bersama UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) yang sekadar satu persefahaman bersama tanpa didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Dengan kata lain, Pas lebih banyak membantu dan berkerjasama dengan Bersatu sehingga menggunakan lambang sama semasa di PRN Melaka. Dan sekali lagi akan berkerjasama sebagai satu entiti dalam PN pada PRN Johor.

No comments:

Post a Comment