Sunday 30 January 2022

Diajak berenang bersama, tetapi ditolak

 
Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumpamakan UMNO seperti itik patah kaki yang mahu berenang sendiri setelah sembuh sebenarnya tidak tepat.

Untuk PRN Johor, UMNO telah tawarkan kepada Pas empat kerusi boleh menang, tetapi ditolak oleh Pas. Pas lebih berminat untuk bersama dengan Bersatu yang berjanji menawarkan lebih banyak kerusi.

Jadi, di mana hujah mengatakan UMNO ingin berenang bersendirian dan meninggalkan Pas. Sebenarnya Pas yang tidak ingin berenang bersama UMNO.

Pas berasa hebat. Kononnya ada ahli lebih sejuta orang. Ada 197 kawasan yang aktif. Jadi, tentu sekali terasa terhina apabila hanya ditawar empat kerusi dalam PRN Johor.

Pas lebih akrab bersama Bersatu melalui Perikatan Nasional (PN) yang berfungsi sebagai satu badan rasmi berdaftar. Sedangkan, Pas bersama UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) yang sekadar satu persefahaman bersama tanpa didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Dengan kata lain, Pas lebih banyak membantu dan berkerjasama dengan Bersatu sehingga menggunakan lambang sama semasa di PRN Melaka. Dan sekali lagi akan berkerjasama sebagai satu entiti dalam PN pada PRN Johor.

No comments:

Post a Comment