Friday, 6 December 2024

PISANG SABAH MENDAPAT PERMINTAAN TINGGI

 
Pisang sabah juga dikenali dikenali pisang saba cukup popular di Sabah. Pisang sabah adalah jenis yang paling popular di Sabah, terutama di kalangan peniaga pisang goreng. Pisang jenis ini diminati kerana ia mudah didapati, lebih murah dan mempunyai rasa yang cukup enak (tidak terlalu manis).
 
Pisang sabah tidak sedap apabila dimakan mentah. Sebab itu ia menjadi pilihan untuk digoreng, dibuat pengat mahupun disira. Isi pisang sabah mempunyai tekstur yang lembut dan berwarna krim ringan.
 
Pisang sabah mendapat sambutan bukan sahaja di Sabah, bahkan di Semenanjung apabila ia dieksport untuk dipasarkan di negeri-negeri di Semenanjung. Pengekspotan keluar dari Sabah membolehkan petani menanam lebih banyak pisang tersebut dan mendapat untung yang lumayan.

No comments:

Post a Comment