Denai Bukit Sri Bintang semakin popular di
kalangan peminat kembara berjalan kaki (hiking) warga Lembah Kelang. Denai yang
cukup santai dan menjanjikan pemandangan cantik di puncaknya, menjadikan ia
lokasi pilihan ramai.
Denai ini menyediakan laluan kembara berjarak kira-kira 3.3 kilometer dan hanya mengambil masa kurang dari 60 minit untuk sampai di puncak. Terdapat dua puncak yang biasa dicapai oleh pengembara.
Lokasi permulaan ialah di di Jalan 11/36, Taman Sri Bintang. Berjalan sedikit dan anda akan sampai ke persimpangan dengan papan tanda "Selamat Datang Bukit Sri Bintang".
Di bahagian atas puncak pertama ini, terdapat beberapa peralatan senaman sementara, beberapa kerusi dan struktur seperti bangsal. Dengan berjalan santai, anda boleh sampai di sini dalam jangkamasa kurang 30 minit.
Pengembara boleh teruskan ke punca kedua mengikut kemampuan dan keinginan masing-masing dalam masa kira-kira 20 minit. Jika tidak berada lama di setiap puncak, anda boleh turun dan berada semula di tempat permulaan hanya dalam masa sejam sehingga sejam setengah (masa penuh naik dan turun).
Pengunjung tidak berdepan masalah untuk memilih denai apabila tidak di satu-satu persimpangan kerana ada tanda jejak yang jelas. Tambahan pula, setiap denai akan bercantum antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment