Tuesday, 4 February 2025

TUJUAN HEBAHKAN BERITA PERKAHWINAN

 
Dalam Islam, amat menuntut agar berita mengenai perkahwinan dihebahkan. Salah satu cara hebahan perkahwinan ialah melalui majis walimatulurus atau jamuan makan. 
 
Walimatulurus ialah mengadakan jamuan sebagai tanda kesyukur dan menghebahkan mengenai perkahwinan. Menghadiri majlis jamuan amat dituntut biarpun tidak berhasrat untuk menikmati jamuan disebabkan alasan tertentu. Apa yang penting ialah hadir meraikan majlis dan merapatkan silatulrahim.
 
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu diundang ke sesuatu jamuan makan, hendaklah kamu menghadirinya. Jika kamu mahu makan, makanlah.  Dan jika tidak mahu makan, tidak mengapa." - (Hadis riwayat Muslim).
 
Hebahan perkahwinan bertujuan mengelak fitnah yang mungkin dilemparkan kepada pasangan yang baru berkahwin. Sekirannya perkahwinan itu tidak diketahui orang lain, mereka akan dipandang serong dan difitnah melakukan maksiat apabila berdua-duan.  
 
Hebahan juga bertujuan memberitahu mengenai seseorang wanita telah berstatus isteri kepada suaminya. Hal ini dapat mengelak ada lelaki lain menaruh minat terhadapnya. 
 
Sebab itu, perkahwinan perlu dihebahkan dengan apa cara sekalipun. Jika tidak mampu atau tidak mahu mengadakan walimatulurus, sebarkan berita itu melalui jiran tetangga.
 
Sekarang ini hebahan melalui media sosial cukup berkesan kerana melibatkan rakan atau mereka dikenali. Cara itu lebih mudah dan murah.  
 
Kalau tidak dibuat majlis kenduri sekalipun, hebahkan juga berita tersebut, selepas majlis akad nikah.
 
Perkara baik perlu dsebarkan agar kebaikan itu nanti dapat dikongsikan bersama ahli keluarga dan kawan.

No comments:

Post a Comment