Thursday 11 June 2020

SEJARAH RIWAYAT IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH

Salah seorang tokoh ulama dan pemikir ulung Islam yang terkenal sepanjang zaman ialah Ibnu Qayyim al-Jauziyah. Nama asal beliau ialah Abu Abdillah Syamsuddin Muhammad bin Abu Bakar bin Ayyub bin Saad bin Hariiz bin Maki Zainuddin az-Zura’I ad-Dimasyqi al-Hanbali.

Ibnu Qayyim lahir dari keturunan terkenal ilmuan dan patuh perintah agama. Ayahnya, Abu Bakar bin Ayyub az-Zurai adalah pengajar di al-Madrasah al-Jauziyah. Di sinilah al-Imam Ibnul Qayyim belajar terus dari bapanya.

Dalam usia sekitar tujuh tahun, Ibnu Qayyim telah belajar hadis dan ilmu-ilmu lainnya di majlis ilmu yang dikendalikan para ilmuan pada ketika itu. Pada usia tersebut, beliau telah memahami berkaitan dengan Ta’bir ar-Ruyaa (Tafsir mimpi) dan menguasai ilmu nahu Bahasa Arab.

Ketika usia muda, beliau telah mengembara ke Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu dan tinggal di sana untuk beberapa ketika. Beliau juga pernah ke Mesir untuk tujuan tersebut.

Penduduk Makkah senantiasa menyebutkan perihal beliau yang mempamerkan kesungguhan dalam ibadah. Ketika di Makkah inilah beliau menulis kitab beliau “Miftaah Daar as-Sa’adah wa Mansyuur Wilayaah Ahlil-Ilmi wal-Iradah”.

Imam Ibnul Qayyim sangat menonjol dalam pelbagai cabang ilmu islam. Dalam setiap disiplin ilmu beliau telah memberikan sumbangsih yang sangat besar.

Murid beliau, al-Hafizh Ibnu Rajab al-Hanbali, mengatakan, “Beliau menyadur fiqh dalam mazhab Imam Ahmad, dan beliau menjadi seorang yang menonjol dalam mazhab dan sebagai seorang ahli fatwa. 

"Beliau menyertai Syaikhul Islam Taqiyuddin dan menimba ilmu darinya. Beliau telah menunjukkan kemahiran beliau dalama banyak ilmu Islam. Beliau seorang yang mengerti perihal ilmu Tafsir yang tidak ada bandingannya. 

"Dalam ilmu Ushul Fiqh, beliau telah mencapai puncaknya. Demikian pula dalam ilmu hadiss dan kandungannya serta fiqh hadis, segala detail inferensi dalil, tidak ada yang menyamai beliau dlam hal itu. 

"Sementara dalam bidang ilmu Fiqh dan usul Fiqh serta bahasa Arab, beliau memiliki jangkauan pengetahuan yang luas. Beliau juga mempelajari ilmu Kalam dan Nahwu serta ilmu-ilmu lainnya. 

"Beliau seorang yang alim dalam ilmu suluk serta mengerti secara mendalam perkataan dan isyarat-isyarat ahli tasawuf serta hal-hal spesifik mereka. Beliau dalam dalam semua bidang keilmuan ini memiliki jangkauan yang luas.”

Karya ilmiah Ibnu Qayyim sangatlah banyak dan dalam berbagai jenis disiplin keilmuan. Asy-Syaikh al-‘Allamah Bakr bin Abu Zaid mengumpulkan karya ilmiyah beliau dan mencapai 96 judul. 

Di antara karya beliau yang popular ialah:
- Kitab Zaad al-Ma’ad al-hadyu ilaa Sabiil ar-Rasyaad.
- A’laam al-Muwaqqi’in ‘an Rabbil ‘alamiin.
- Ahkaam Ahli adz-Dzimmah.
- Madaarij as-Saalikin.
- Tuhfah al-Maudud bi-Ahkaam al-mauluud.
- Ath-Thuruq al-Hukmiyah fii as-Siyasah asy-Syar’iyah.
- Ighatsah al-Lahafaan.
- Ash-Shawaa`iq al-Mursalah ‘ala al-Jahmiyah wal-Mu’aththilah.
- Al-Furusiyah.
- Ash-shalah wa Hukmu Taarikihaa.

Beliau wafat pada malam Khamis pada tanggal 13 Rajab 751 H ketika berusia 60 tahun. Jenazahnya kembumikan di perkuburan Al-Bab Ash-Shaghir berhampiran kubur ibunya.

No comments:

Post a Comment