Lelaki
diharamkan menggunakan emas sebagai bahan perhiasan. Dalam satu hadis dijelaskan
bahawa emas dan sutera hanya untuk wanita, namun diharamkan untuk lelaki.
Sabda
Rasulullah SAW bermaksud: “Emas dan sutera dihalalkan bagi umatku yang wanita,
namun haram bagi lelakinya” (Hadis riwayat Ahmad dan Nasai)
Namun
begitu, emas boleh digunakan oleh lelaki untuk membuat gigi emas jika atas
alasan tidak ada pengganti lain yang sesuai untuk menggantikan gigi yang telah
rosak. Ia dikira bukan alasan untuk berhias.
Sebuah
hadis bermaksud: “(Arjafah bin As’ad) hidungnya terpotong di hari
peperangan Al-Kullab, maka dia membuat hidung dari daun namun daun itu berbau
dan mengganggu dirinya, maka Nabi memerintahkannya untuk mengganti dengan
yang terbuat dari emas.” (Hadis riwayat Abu Daud. Al-Albani
mengatakan hadisnya hasan)
Imam
An-Nawawi berkata: “Adapun perkataan penulis, ‘jika terpaksa
menggunakan emas maka boleh digunakan’, maka (pendapat ini) disepakati (oleh
ulama).
“Para
ulama mazhab kami (Syafi’iyyah) berkata, diperbolehkan baginya hidung dan
gigi dari emas dan perak. Demikian juga mengikat (menambal) gigi
yang sakit dengan emas dan perak, hukumnya boleh” (Majmu’ syarah
Al-Muhazzab 1/312.)
Syaikh
Abdullah bin Jibrin rahimahullah ditanya, Apa hukum memakai gigi emas
atau memakai sesuatu dari emas di hidung? Apakah harus dihilangkan ketika
meninggal?
Beliau
menjawab: "Terdapat hadis Arjafah bahwasanya ia terpotong hidungnya
ketika berjihad maka ia memakai hidung buatan dari perak kemudian membusuk maka
Rasulullah memberikan rukhsah (keringanan) agar memakai hidung
buatan dari emas.
Maknanya adalah ia membuat dari emas untuk menutupi bahagian hidung yang terpotong
agar tidak mencacat penampilannya. Demikian juga boleh membuat gigi buatan
dari emas.
Terdapat riwayat dari sahabat bahawa mereka mengikat gigi mereka dengan pita
dari emas. Hal tersebut ketika ada keperluan. Jika tidak layak baginya gigi
dari daun atau tulang atau sejenisnya.
Adapun
ketika meninggal maka boleh mengambilnya dari mulut atau hidung si mati jika
tidak merosakkan jenazah. Jika dibimbangi akan merosakkan jasad, contohnya
menyebabkan mulut menjadi terbuka terus menerus dan sejenisnya maka boleh
meninggalkan emas di jasad si mati.
Wanita
dibolehkan berhias dengan gigi emas asalkan bukan termasuk dalam bentuk
pembaziran.
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utasimin berkata: “Gigi dari emas
tidak boleh dipakai oleh lelaki kecuali darurat, kerana laki-laki haram baginya
memakai emas dan berhias dengannya.
“Adapun
wanita maka jika telah terbiasa adat bagi wanita berhias dengan gigi dari emas
maka tidak mengapa. Boleh bagi mereka memakai gigi dari emas jika telah
terbiasa adat berhias dengan emas dan bukan termasuk membuang-buang
harta."
No comments:
Post a Comment