Masalah
untuk memujuk warga emas agar menerima suntikan vaksin Covid-19 berlaku haampir
di seluruh dunia. Setiap pihak berkuasa mengendalikan suntikan mempunyai cara
tersendiri.
Beratus-ratus warga emas di Desa Ciputri, Kabupaten Cianjur dalam wilayah Jawa Barat, Indonesia dipujuk dengan ganjaran seekor ayam hidup supaya mereka tampil mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, lapor laman berita Suara.com kelmarin.
Selain itu, mereka juga perlu dijemput oleh petugas kesihatan untuk ke pusat vaksinasi lantaran enggan datang secara sukarela bagi mendapatkan suntikan tersebut.
Taktik memberikan ayam hidup dilihat membantu dalam meningkatkan jumlah penerimaan vaksin dalam kalangan warga emas di wilayah tersebut.
Pemberian ayam sebagai hadiah adalah hasil usaha sama pihak polis, Jabatan Hubungan Masyarakat dan Pemerintah Desa serta Kecamatan.
Ayam hidup ini diberikan sebagai hadiah buat mereka sama ada mahu disembelih untuk dijadikan makanan atau dipelihara.
Sambutan warga emas pada inisiatif ini memberangsangkan dan mereka bersemangat untuk menerima suntikan dos kedua.
No comments:
Post a Comment