Thursday 7 June 2018

ASAL NAMA KEROPOK LEKOR

Keropok lekor merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu  dan Kelantan. Perkataan 'lekor'  bermaksud 'lingkar' dalam dailek Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud keropok lekor ialah keropok yang berlingkar.

Keropok lekor diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit gram.Terdapat juga keropok lekor yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus di dalam air panas.

Kandungan ikan yang tinggi menjadikan keropok lekor sebagai makanan berprotin tinggi. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah air lada atau colek.

Keropok lekor biasanya tidak tahan lama jika dibiarkan terdedah kepada suhu bilik. Untuk menyimpan di dalam peti sejuk (di tempat sejuk beku) perlu dibalut dengan plastik atau dimasukkan di dalam bekas kedap udara bagi mengelak baunya mencemari ruangan tersebut.

Apabila hendak dimakan, ia perlu dibasuh dan direbus semula dengan air yang dicampurkan sedikit garam, sekiranya tidak keropok berasa tawar.

Selain daripada dimakan segar, keropok lekor juga boleh dipotong pendek dan digoreng sekali lagi bagi menghasilkan keropok yang lebih rangup. Keropok lekor yang dicampur dengan tepung kanji biasanya lebih rangup apabila digoreng, tetapi akan bertukar menjadi liat apabila sudah sejuk.

Keropok lekor yang menggunakan campuran sagu tidak akan menjadi liat walaupun ia sudah sejuk selepas digoreng.

No comments:

Post a Comment