Kesedaran keperluan menutup aurat di
kalangan wanita Islam di Malaysia semakin tinggi berbanding ketika negara
mula mencapai kemerdekaan. Ketika itu pengaruh budaya penjajah masih kuat
diamalkan.
Maksud menutup aurat tidak setakat
menutup bahagian badan yang dianggap aurat. Memakai pakaian yang sendat dan
penggunaan kain tertentu tidak termasuk dalam erti menutup aurat.
Ini kerana memakai pakaian sendat
atau ketat sehingga kelihatan seperti melekat di badan pemakainya akan
menampakkan semua tempat bentuk tubuh badan. Keadaan itu sama seolah-olah seperti
pemakainya tidak berpakaian.
Pemilihan pakaian yang longgar dan
labuh perlu bagi menepati maksud menutup aurat. Memakai pakaian longgar lebih
selesa dan sesuai untuk menjaga kesihatan. Banyak kesan sampingan berkaitan
kesihatan timbul seperti pengedaran darah tidak lancar, ruam kulit dan
perpeluhan terganggu jika memakai pakaian ketat. Malah pergerakan juga jadi
tidak selesa serta mengganggu emosi.
Pemilihan fabrik atau kain juga
penting bagi tujuan menutup aurat. Fabrik yang digunakan mesti tebal yang
menghalang pemandangan dapat melihat bahagian badan pemakainya. Penggunaan
fabrik yang nipis dan jarang akan menyebabkan bahagian badan dapat dilihat
dengan jelas oleh orang lain, yang sekaligus menafikan maksud menutup aurat.
Satu lagi ciri fabrik untuk busana
wanita Islam ialah tidak ‘melekat’ di bahagian badan. Terdapat jenis fabrik
yang lembut dan licin akan menampakkan bentuk badan pemakainya biarpun
digunakan untuk fesyen yang longgar.
Menutup aurat tidak hanya kepada
wanita, bahkan juga kepada lelaki. Bezanya aurat bagi lelaki dari lutut hingga
pusat, sedangkan wanita seluruh bahagian badan, kecuali wajah dan dua tapak
tangan. Maka, lelaki juga perlu mengambil berat soal aurat apabila berada di
khalayak ramai.
Hikmah di sebalik menutup aurat
ialah dapat mengelakkan kejahatan, maksiat dan menjaga maruah diri. Maka lelaki
dan wanita tidak terkecuali menutup aurat untuk maksud itu.
Contohnya
kaum lelaki tidak dibenarkan memakai pakaian yang menunjukkan ciri-ciri wanita
seperti memakai pakaian diperbuat daripada sutera. Begitulah juga mereka
ditegah daripada memperagakan tubuh badan dengan aksesori wanita seperti rantai
emas, pewarna bibir dan pewarna kuku.
Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki.” (Riwayatkan Abu Daud, Nasaie dan Ahmad)
Nabi SAW menganjurkan kita bersederhana dalam segala perkara termasuk ketika memperagakan sesuatu fesyen. Kita perlu mengambil berat dalam memilih sesuatu fesyen yang ingin diketengahkan.
Antara larangan Nabi SAW dalam berpakaian ialah memakai pakaian yang disebut sebagai pakaian ‘syuhrah’ iaitu pakaian yang keterlaluan bentuk dan potongannya berbanding pakaian kebiasaan.
Hal ini untuk mengelakkan daripada timbulnya perasaan sombong dalam jiwa pemakai. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang memakai pakaian ‘syuhrah’ di dunia maka Allah SWT akan memakaikannya dengan pakaian yang hina pada hari akhirat.” (Riwayatkan Abu Daud dan Ibnu Majah)

No comments:
Post a Comment