Friday, 29 June 2018

SUAMI KUAT MAIN ISTERI MINTA CERAI

Suami kuat main isteri minta cerai. Isteri mana dapat tahan kalau tiap-tiap hari suami kuat main sahaja. Pantang ada masa terus sahaja ingin main. Tidak kira siang malam, kalau ada masa terus ingin main. Kuat sangat mainnya. Perbuatan itu diketahui ahli keluarga dan jiran. Memang malu besar isteri apabila diketahui si suami kuat main. Isteri terpaksa mengalah dan lain sahaja kehendak suami kuat main.

Namun, isteri sudah tidak tahan dengan sikap suami yang terlalu kuat main. Banyak sudah isteri bersabar dan menasihatkan suami agar jangan kuat main sangat. Kata isteri dia sudah tidak sanggup dengan kerenah suami yang kuat main sangat. Akhirnya isteri telah minta cerai dari suami.

Suami tidak mahu menceraikan atau melepaskan isteri yang dicintai itu. Macam-macam alasan diberikan. Namun isteri yang sebenarnya amat mencintai suaminya itu tidak tahan lagi dengan sikap suami yang kuat main itu. Kalau ingin kekal sebagai suami isteri, suami perlu ikut syarat agar tidak kuat main lagi.

Suami memang ketagih kuat main. Payah untuk tinggalkan amalan kuat main itu. Mana boleh tinggalkan kesukaan kuat main itu. Sebenarnya perbuatan kuat main itu telah dilakukan sebelum berkahwin lagi. Jadi, sukarlah untuk dia tinggalkan amalan yang telah sebati dalam dirinya.

Si isteri telah ingin berpisah dengan suami kuat main. Perkara ini dilaporkan atau dirujuk kepada pejabat kadi atau mahkamah syariah. Pihak pejabat kadi menjelaskan kes kuat main ini banyak dirujuk kepada mereka. Banyak perceraian berlaku akibat kuat main ini.

Pihak kadi memanggil si suami ke pejabat untuk memberi nasihat atau kaunseling suami kuat main.

Kuat main judi memang satu masalah besar dalam masyarakat. Perjudian merupakan satu amalan yang menjadi penyakit sosial paling awal dalam sejarah hidup manusia. Amalan bersifat perjudian telah bermula sejak generasi pertama anak Nabi Adam. Penyakit ini berakar umbi dalam masyarakat tidak kira bangsa, agama, zaman dan tahap sosial.  

Perjudian atau pertaruhan pertama manusia berlaku melibatkan dua anak Adam iaitu Qabil dan Habil. Allah telah menetapkan kedua-duanya menyembahkan korban bagi menentukan siapakah yang layak berkahwin dengan pasangan yang cantik. 

Qabil yang menjadi petani telah memperjudikan nasib dengan menyediakan korban buruk berupa gandum busuk. Sedangkan dia tahu, Allah hanya akan memilih korban yang terbaik. Habil yang menjadi penternak telah menyediakan korban berupa ternakan yang paling gemuk, sihat dan disayangi. Justeru, korban Habil telah diterima oleh Allah. 

Maksud judi dari segi bahasa ialah permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan bertujuan mendapat imbuhan dengan keuntungan yang tinggi. Pejudi mengharapkan nasib menyebelahi mereka untuk mendapat untung besar, sedangkan nilai pertaruhannya kecil.
 
Jika dikaji sebab individu terlibat dalam perjudian lahir daripada perasaan tamak yang ingin mendapat sesuatu dengan banyak dengan hanya sedikit usaha. Namun, perasaan tamak itu menyebabkan kebanyakan pejudi terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat kalah dalam pertaruhan.

Secara konsepnya, perjudian mempertaruhkan nilaian kecil tetapi mengharapkan keuntungan besar dengan mudah. Manusia suka mendapat sesuatu yang besar, cantik, mahal dan sebagainya, sedangkan malas berusaha seperti yang sepatutnya. Jalan pintas yang dilakukan ialah dengan berjudi.

Orang berjudi tidak kisah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak lain. Dalam perjudian, kawan sanggup menyebabkan kerugian kawan sendiri. Apa yang difikirkan ialah mendapat keuntungan dan kepuasan diri sendiri. 

Clifford Gertza, seorang pengkaji normatif sosial manusia dari Barat berpendapat, penerimaan terhadap sebarang bentuk judi adalah ekspresi simbolik yang mencerminkan betapa minda manusia dikuasai kuasa gelap (nafsu).

Bentuk biasa pemain judi melibatkan daun terup, dadu, lumba kuda, cabutan nombor dan teka nombor. Terdapat keputusan dijadikan asas pertaruhan seperti pertandingan bola sepak, pilihan raya dan sebagainya.

Judi diharamkan disebabkan perbuatan mendatangkan banyak keburukan berbanding kebaikan. Setiap keburukan mesti dijauhi. Hakikat ini tidak dapat disangkalkan kerana telah dijelaskan oleh Allah.   

Firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 219 bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.”

Ayat tersebut dengan jelas memberi peringatan agar menjauhkan sebarang perbuatan mendatangkan keburukan, biarpun ada di sebaliknya sedikit kebaikan.  Alasan adanya sedikit kebaikan tidak mengubah hukumnya. Keburukan besar menghapuskan sedikit kebaikan. Dengan kata lain tiada lagi kebaikan yang diperoleh dan yang kekal ialah keburukan.  

Sebenarnya perjudian bukan sahaja diharamkan dalam Islam. Ajaran agama lain juga melihat amalan judi sebagai perbuatan tidak bermoral dan perlu dijauhkan sama sekali. Pakar sosialogi dan psikologi berpendapat antara penyakit sosial yang telah banyak merosakkan kehidupan manusia ialah perjudian.

Firman Allah bermaksud: “Dan makanlah makanan yang halal lagi baik daripada apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.” (Surah al-Maidah, ayat 88).  

Sebenarnya tidak ada individu yang kaya hasil judi. Kalaupun memenangi sejumlah wang yang banyak wang itu akan lebur begitu sahaja. Malah, ada pemenang judi mati terkejut kerana menang judi. Tidak kurang juga yang menjadi gila mendapat wang terlalu banyak. Manakala kes gila disebabkan kalah berjudi memang sudah menjadi perkara biasa.

Wang diperoleh daripada sumber haram tidak membawa keberkatan. Sebab itu wang daripada hasil haram dipanggil wang panas yang mendatangkan pelbagai keburukan tidak disangka-sangka. 

Yang mendapat keuntungan besar dalam perjudian ialah taukeh atau penganjur perjudian. Penganjur mempunyai kaedah tertentu bagi memastikan mereka sentiasa mendapat keuntungan. Sebab itu antara perniagaan paling menguntungkan ialah perjudian.   

Ingatlah syaitan memang bermaksud menjadikan perjudian sebagai senjata memusnahkan manusia melalui perbuatan sendiri. Kejayaan syaitan menyesatkan manusia adalah berpunca sifat manusia sendiri.  

Firman Allah dalam surah al-Maidah, ayat 91 bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti (daripada melakukannya).

Suami yang kuat main berjanji tidak akan kuat main lagi. Setelah suami tidak kuat main lagi, pasangan itu hidup bahagia. Sekian cerita suami kuat main isteri minta cerai.

No comments:

Post a Comment