Kefarduan
zakat fitrah ke atas setiap Muslim mempunyai erti amat mendalam. Zakat fitrah
menjadi tanda lengkapnya ibadat puasa Ramadan sebulan sehingga diri bersih
daripada dosa dan mendapat keampunan sepenuhnya daripada Allah.
Perlaksanaan
ibadat zakat fitrah menjadi kayu pengukur ketakwaan setiap Muslim yang dibentuk
sepanjang ibadat puasa. Sekiranya ibadat puasa berkonsepkan menahan diri, zakat
fitrah pula satu pengorbanan melakukan sesuatu biasanya manusia tidak mahu
melakukan.
Bukan
mudah untuk memberikan hak milik sendiri kepada orang lain, kecuali mereka yang
beriman patuh melaksanakan perintah Allah.
Zakat
fitrah menjadi tanda kekuatan jiwa hasil melalui institusi latihan puasa. Hakikatnya ibadat zakat merupakan cara
mendekatkan diri kepada Allah dan menghakis sifat mencintai kekayaan dunia.
Dijelaskan
zakat fitrah adalah ‘kenderaan’ menghantar ibadat puasa untuk diterima oleh
Allah. Justeru, sesiapa tidak menunaikan zakat fitrah bagi dirinya dan orang di
bawah tanggungannya, sedangkan dia mampu melakukannya, maka pahala puasanya
tidak diangkat.
Zakat
fitrah menjadi pelengkap kepada kesempurnaan ibadat puasa. Ibadat puasa tanpa
disempurnakan dengan zakat fitrah adalah ibadat yang cacat, tidak layak
diangkat sebagai ibadat orang bertakwa.
Zakat
fitrah juga berbeza berbanding zakat harta, zakat ternakan, zakat perniagaan,
zakat galian, zakat simpanan dan zakat pertanian yang mana hanya diwajibkan
kepada yang memiliki sejumlah hasil agak banyak.
Zakat
fitrah diwajibkan kepada semua individu Muslim, tidak kira kecil, miskin maupun
hamba. Zakat fitrah bukan hanya diwajibkan kepada golongan kaya seperti
difahami kebanyakan orang.
Ini
jelas membuktikan kepentingan zakat fitrah kepada setiap Muslim dan seluruh masyarakat
yang mendapat manfaatnya. Sesungguhnya kefarduan zakat fitrah menguji ketakwaan
dan keikhlasan yang tiada tandingannya.
Tanpa
menunaikan zakat fitrah, diri seseorang masih dalam keadaan tidak bersih
sepenuhnya. Sebab itu fitrah bererti suci bersih.
Zakat
fitrah wajib ditunaikan bagi setiap orang yang dikira masih mempunyai makanan
mencukupi untuk diri dan tanggungannya pada hari Aidilfitri.
Kefarduan
zakat fitrah turut menyenaraikan golongan miskin wajib menunaikan bagi dirinya
dan juga tanggungannya. Hanya golongan fakir, yakni golongan paling miskin yang
tidak mempunyai bekalan makanan untuk dimakan pada keesokannya tidak diwajibkan
membayar zakat fitrah.
Amat
jelas sekali kefarduan zakat fitrah memerlukan pengorbanan yang amat tinggi, terutama
di kalangan orang miskin. Pada kebiasannya, golongan miskin menjadi kelompok
utama menerima zakat, sedekah dan bantuan, tetapi bagi zakat fitrah mereka
turut menjadi golongan memberi.
Di
sebalik kefarduan zakat fitrah memperlihatkan betapa Islam amat mementingkan
kepada pembinaan ummah yang sejahtera, tidak mementingkan diri, serta kepatuhan
kepada hukum biarpun dalam keadaan kurang mampu.
Ketika
kita merasa kurang mampu, mungkin ada orang lain yang lebih memerlukan daripada
kita. Sikap sanggup berkorban untuk membantu orang yang lebih daif daripada
kita amat mulia.
Untuk
melahirkan ummah yang kuat dan berpadu hendaklah menjauhkan sikap mementingkan
diri. Melalui kefarduan berzakat fitrah diharapkan perpaduan umat Islam berada
dalam keadaan lebih kukuh dan padu, lebih-lebih lagi ketika menyambut
Aidilfitri yang menjadi lambang kejayaan melawan hawa nafsu.
No comments:
Post a Comment