Semua
parti di dalam Parti Perikatan Nasional (PPN) mahupun yang berhasrat menyertai
gabungan itu dinasihat supaya berhati-hati dengan helah Presiden Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Setiausaha
Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
berkata, PKR pernah berdepan pemimpin utama PPBM itu yang mahu menjadi dominan
di dalam Pakatan Harapan (PH) dengan meminta 80 kerusi pada Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14).
Menurutnya,
alasan yang dikemukakan pada waktu itu ialah PPBM sebagai parti mewakili orang
Melayu mesti dilihat mempunyai kelebihan kerusi untuk menarik pengundi
berbangsa Melayu.
Itu
ketika masih belum ada jawatan dan berkuasa. Untuk terus berkuasa dan dominan,
PPBM pastinya akan menuntut jumlah yang sama dan mungkin lebih.
Tindakan
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) tidak mahu berkerjasama dengan PPBM
memang tepat.
UMNO
secara tegas menyatakan ingin menjadi parti dominan. Dalam satu gabungan, mana
mungkin ada dua parti dianggap dominan.
Kata
pepatah, mana mungkin dua singa berada di atas puncak bukit yang sama.
Jika
UMNO ingin menjadi dominan, langkah tepat ialah tidak bersama dengan PPBM.
PPBM
pastinya tidak akan memberi ruang kepada UMNO untuk dominan kerana matlamat
utama parti itu selain ingin memerintah ialah ingin ‘menghapuskan’ UMNO. Kalau
PPBM beri kelebihan kepada UMNO bermakna memberi peluang untuk UMNO kembali
kuat.
PPBM
tidak akan memberi peluang UMNO kembali kuat. PPBM ingin UMNO terus berkubur.
Jadi,
langkah terbaik untuk mengelak UMNO dilemahkan PPBM ialah tidak bersama dengan
parti yang nampak kuat di luar kerana menerima ahli lompat parti, tetapi
sebenar sarat menangggung beban ahli bermasalah.
No comments:
Post a Comment