Isu
matang atau tidak bukan bergantung kepada umur semata-mata. Umur sudah lebih 50
tahun pun belum matang apabila melakukan perkara bertentangan dengan prinsip
atau norma kehidupan.
Melompat
parti dikira melanggar prinsip dan norma dalam politik. Namun, ia diterima oleh
parti yang ingin berkuasa secara tidak mengikut lunas pilihan raya.
Mengkhianati
muafakat dan persahabatan juga tanda tidak matang. Itu tandanya sikap
mementingkan diri. Sikap tidak amanah pada diri sendiri.
Sikap
berdolak dalih juga tanda sikap tidak matang. Dahulu lain sekarang kata lain.
Ikut lepas cakap sahaja. Menggunakan pelbagai hujah demi menampakkan diri baik
di mata orang lain.
Memang
ulama berselisih pendapat tentang umur matang. Ulama mazhab Syafie dan Hambali menetapkan
umur baligh pada usia 15 tahun. Manakala ulama mazhab Maliki dan Hanafi pula
mengatakan umur 18 tahun dikira sudah baligh sepenuhnya.
Kita
ambil langkah berhati-hati dengan menetapkan umur maksima yang diselisihkan iaitu
18 tahun sebagai umur matang.
Dengan
kata lain, umur matang atau kelayakan memilih kerajaan pada usia 18 tahun bukan
mengikut acuan Barat, tetapi berdasarkan ketetapan ulama. Bahkan, jika mengikut
mazhab Syafie yang menjadi pegangan orang Islam di Malaysia, usia matang adalah
15 tahun.
Gambar hiasan.
No comments:
Post a Comment