Banyak
pihak mendakwa bahawa yang kecewa atau tidak suka dengan hubungan UMNO dan Bersatu
ialah mereka yang tidak ditawarkan jawatan atau di luar kabinet.
Untuk
merungkai persoalan tersebut, ikuti jawaban Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad
Hassan atau lebih mesra dipanggil Tok Mat Hasan:
"Nampak
saya seorang kecewa ke? Kerana saya aktif dan bergiat dalam parti kerana saya
nak meneruskan perjuangan parti. Berjuang.. dalam susah dalam senang kita
berjuang. Bukannya dalam senang kita berjuang. Dalam susah lagi menaikkan tekad
kita untuk berjuang.
“Tak
timbul soal jawatan.... jawatan tu datang secara adanya. Jika kita menang, kita
mentadbir kita dapatlah jawatan. Masa 22 bulan itu kita tak ada jawatan tapi
kita kuat. Masa 22 bulan tu semua orang kecewa? Tak ada...semua kuat. Tapi bila
dapat jawatan pulak lebih tambah merosot prestasinya."
"Macam
mana orang nak kata saya tak dapat jawatan saya kecewa? Saya tak kecewa...saya
terus menerus... Walaupun saya tolak pelawaan dari kerajaan kerana saya menjaga
maruah parti. Dan saya adalah antara orang yang secara terus terang menyatakan
yang saya lebih cenderung kepada untuk kita mengadakan pilihan raya umum... mendapatkan
mandat daripada rakyat.
Saya
bagi tahu akhbar-akhbat... media-media utama membawa cerita saya, saya tak
bersetuju. Tetapi bila parti dah buat keputusan mendukung untuk menubuhkan PN,
saya akur...saya sama-sama."
"Tetapi
sebagai seorang yang tidak bersetuju dengan penubuhan kerajaan secara begitu...
tawarkan saya, saya tak mahu jadi seorang yang hipokrit dan jugak saya menjaga
maruah parti.
Sebagai
nombor 2 dalam parti ... UMNO terbesar kita patut jadi induk...kita nak jadi
anak ayam buat apa. Tak tahulah kita sudi jadi anak ayam. Tapi saya nak jadi
induk... konsisten... bukan nak jadi anak ayam. Dalam apa keadaan jua UMNO
mesti jadi induk... UMNO mesti jadi teras kepada pentadbiran negara."
*Nota
- Tok Mat Hasan telah menolak jawatan Pengerusi TNB yang ditawarkan oleh
kerajaan PN.
Sumber:
No comments:
Post a Comment