Monday, 15 March 2021

Ahli DAP, kata dulang paku serpih

Kata dulang paku serpih. Itulah perumpaan tepat menggambarkan sikap pemimpin dan ahli DAP dalam soal mematuhi SOP COVID-19. DAP akan lantang mengkritik dan mempertikaikan apa-apa yang dilakukan atau terjadi kepada pemimpin kerajaan yang didakwa melanggar SOP COVID-19.

Terbaharu, heboh ditularkan tentang Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak mematuhi SOP COVID-19 ketika mengadakan lawatan di Pusat Penungang Kuda Angkatan Tentera Malaysia, Pengkalan Udara Tentera Udara Malaysia, Sendayan, Negeri Sembilan.

Tular di media sosial mengatakan Ismail Sabri tidak memakai pelitup separuh muka ketika berada di atas pentas dan jarak antara kerusi rapat.

Hakikat sebenarnya, kedudukan itu nampak rapat kerana gambar diambil dari sudut sisi. Jadi, gambar kedudukan itu kelihatan agak rapat.

Kedudukan kerusi telah disusun oleh urusetia Angkatan Tentera yang sudah pasti amat mengambil berat soal SOP dan protokol. Ternyata, kes Ismail Sabri itu sengaja disensasikan sebagai satu propaganda.

Umpama kata dulang paku serpih, mencela perbuatan orang lain, tetapi perbuatan sendiri lebih buruk lagi.

Kejadian di Konvesyen DAP Perak ke-19 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh pada 14 Mac 2021 adalah bukti nyata DAP hanya pandai mengata orang, tetapi diri sendiri tidak mampu diurus sehingga lekat najis di seluruh badan.

Konvesyen yang dihadiri kira-kira 2,000 orang perwakilan seluruh negeri ini menampakkan banyak SOP COVID-19 tidak dipatuhi. Perhimpunan yang dihadiri agak banyak perwakilan itu sukar mematuhi SOP COVID-19 sepanjang ia berlangsung.

Paling ketara apabila berlaku kekecohan sehingga berlaku perbuatan tolak menolak dan pertikaman lidah dalam jarak dekat. Ketika bertengkar tentu sekali pelitup separuh muka tidak dipakai seperti sepatutnya.

Pertengkaran dengan suara lantang sudah pasti akan tersembur titisan air liur yang akan terus hinggap di muka atau bahagian badan oran lain. Itu amat mendatangkan bahaya untuk berkemungkinan menyebarkan COVID-19.

Kepada pemimpin DAP, pastikan anda betul-betul bersih sebelum mengatakan orang lain kotor. Jangan jadi seperti pepatah, kuman di seberang laut nampak, gajah di hadapan mata tidak nampak.

Harap pemimpin DAP faham kedua-dua peribahasa atau pepatah tersebut.

No comments:

Post a Comment