Sehingga kini tiada kenyataan rasmi UMNO akan berkerjasama dengan DAP, Anwar semasa PRU15. Mengapa pula perlu dijadikan bahan mencemuh dan menyalahkan pemimpin UMNO?
Agaknya, yang mencemuh itu telah ‘bertaubat’ dan berasa ‘suci’ setelah meninggalkan DAP, Anwar.
Secara telah mencatatkan, Pas dan Bersatu pernah berkerjasama dan sekutu paling akrab dengan DAP dan Anwar.
Malah, sebahagian Ahli Parlimen Bersatu adalah penjilat tegar Anwar. Meraka berpolitik dan mengabadikan sepenuh perhatian untuk membela Anwar. Merekalah yang berjuang habis-habisan untuk menghidupkan kembali ‘nyawa’ politik Anwar setelah dipecat dari UMNO.
Pun, mereka meninggalkan Anwar bukan tidak lagi yakin dengan kebolehan Anwar, tetapi demi kepentingan dan agenda politik masing-masing.
Pemimpin Pas pula berpeluk mesra dan hormat dengan pemimpin DAP. Ahli Pas pula bermati-matian meningkatkan imej pemimpin DAP sehingga disamakan dengan Khalifah Umar Abdul Aziz. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan pemimpin DAP.
Jadi, benarlah seperti kata pepatah, meludah ke langit terkena muka sendiri.
No comments:
Post a Comment