Membedung bayi dapat membantu keadaan bayi dalam keadaan tenang dan tidur lebih nyenyak.
Membedung bayi adalah salah satu cara untuk mendapatkan bentuk kaki bayi yang lurus dan tidak ‘kengkang’.
Berapa lama bayi perlu dibedung? Sebenarnya, bayi tidak perlu lagi dibedung apabila mereka sudah boleh berguling, iaitu sekitar usia 2-3 bulan.
Dalam usia ini juga, biasanya refleks ‘terkejut’ atau ‘startle reflex’ akan berkurang dan bayi akan dapat tidur dengan lebih lena biarpun tanpa dibedung.
Kain bedung yang digunakan seharusnya dari jenis yang sesuai dengan cuaca di Malaysia. Elak menggunakan kain dari jenis yang menyebabkan haba panas kepada badan bayi.
Cara bedung bayi adalah seperti gambar di atas. Mudah dan ringkas. Apa yang penting mesti ada kain bedung.
Kami ada menjual kain bedung bayi secara dalam talian. Mudah, cepat dan murah.
- Jenis kain cotton
- Kelebihan kain jenis cotton:
* Nyaman dan mudah menyerap peluh.
* Kain terasa dingin di kulit.
* Mudah dicuci.
-
Membedung dapat membantu bayi tidur lebih lena.
-
Mengelakkan selimut biasa yang mudah bergerak dan menutupi muka bayi. ini akan
menghalang bayi untuk bernafas yang boleh mengakibatkan Sindrom Kematian Bayi
Secara Mengejut atau SIDS
-
Membantu agar bayi berasa lebih selamat dan selesa. Kain bedung yang membalut
bayi membuatkan bayi merasa seperti di dalam kandungan ibunya.
-
Mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika
tidak dipakaikan sarung tangan.
-
Mengelakkan bayi dari mengangkat tangannya ke atas. Keadaan ini terjadi apabila
bayi terkejut disebabkan oleh bunyi yang kuat disekelilingnya.
-
Supaya kaki bayi tersebut dapat ditegakkan semasa diikat agar tidak pengkar
atau tidak tegak.
-
Memudahkan para ibu ketika penyusuan bayi dilakukan.
Sampai bila bayi perlu dibedung? Adalah dicadangkan agar anda tidak lagi membedung bayi setelah bayi berumur tiga atau empat bulan ke atas. ini kerana pada umur begini bayi sudah mula belajar meneroka disekelilingnya.
Pada waktu ini bayi perlu bergerak tanpa ada halangan untuk pertumbuhan seterusnya. Bedung bayi perlu untk membina tulang bayi yang lebih tegap agar bayi dapat merangkak, berdiri dan berjalan pada masa akan datang.
- Ukuran 36 inci x 36 inci.
- Jenis kain cotton
- Kelebihan kain jenis cotton:
* Nyaman dan mudah menyerap peluh.
* Mudah dicuci.
No comments:
Post a Comment