Thursday, 28 November 2024

KELANTAN BERHASRAT JADIKAN BANJIR PRODUK PELANCONGAN

Kelantan berhasrat menjadikan banjir sebagai produk pelancongan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamarudin Md Noor berkata, usaha itu akan dibuat memandangkan Kelantan “sepi” tanpa kehadiran pelancong bila tiba musim tengkujuh. 

Cadangan itu dilihat dangkal dan tidak lojik. Banjir adalah musibah yang perlu ditangani dengan baik, holistik dan berkesan kerana melibatkan keselamatan, nyawa dan kerugian harta benda, tanam-tanaman milik rakyat.

Pemimpin Kelantan carilah idea lain untuk memajukan pelancongan Kelantan. Banyak lagi waktu lain untuk difokuskan untuk pelancongan.

Kerajaan sepatutnya lebih memikirkan tentang tindakan untuk membantu rakyat ketika musim banjir, bukannya mempelawa orang luar datang ke Kelantan yang pastinya mendatangkan banyak kesan buruk.

Nampaknya, ketika rakyat ditimpa musibah, kerajaan Kelantan pula memikirkan soal mencari laba dalam keadaan rakyat dalam keadaan susah dan keadaan keselamatan yang terancam. 



No comments:

Post a Comment