Tuesday, 3 November 2020

BOLEHKAH MINTA POLIS TUNJUK KAD KUASA?

Bolehkah orang awam meminta anggota atau pegawai polis itu menunjukkan kad kuasa mereka jika ragu terhadap identiti anggota berkenaan?

Police Regulations 1952 dengan jelas meletakkan tanggungjawab di pihak anggota dan pegawai polis untuk mendedahkan identiti sebelum melaksanakan tugas masing-masing.

Dengan kata lain, orang awam berhak untuk meminta anggota atau pegawai polis menunjukkan kad kuasa mereka untuk pengesahan identiti sebagai anggota polis.

Anggota polis yang gagal menunjukkan kad kuasa apabila diminta oleh orang awam berkaitan melaksanakan sesuatu tugas dianggap melakukan kesalahan disiplin berdasarkan Police Regulations 1952 Bahagian 1 Regulation 2 Disciplinary Offences Sub Regulations 27 dan 39.

Manakala Regulation 26 sebagaimana terkandung dalam Police Regulations 1952 menetapkan seseorang anggota atau pegawai polis sebagai penjawat awam tidak boleh menyembunyikan identiti mereka.

Regulation 39 menyebut permintaan mana-mana orang awam untuk melihat kad kuasa seseorang anggota atau pegawai polis yang disangsikan penampilannya adalah munasabah dan tidak boleh ditolak. Penetapan itu turut merangkumi anggota atau pegawai polis yang bertugas dengan berpakaian preman.

No comments:

Post a Comment