Thursday, 24 March 2022

MAKSUD ‘PIRAH’ DIALEK KELANTAN

 
Ada satu perkataan dialek Kelantan yang popular ialah ‘kecil macam pirah’. Apa maksud ‘pirah’?

Pirah dalam bahasa baku ialah sengkenit. Tetapi banyak orang memanggilnya kutu babi.

Jadi, pirah adalah jenis kutu yang hidup sebagai parasit luar di badan binatang. Di kampung, pirah biasanya banyak terdapat di badan lembu.

Mengapa pula timbul pepatah atau perbandingan “kecil macam pirah”, iaitu kecil yang amat sangat.

Sebenarnya, kalau kita lihat pirah di badan lembu tidaklah kecil sangat. Lebih besar dari semut. Tambah lagi jika sudah kenyang menghisap darah yang kadar pertambahan besar badanya boleh sehingga 30 kali ganda.

Mungkin pirah dilihat kecil ketika masih belum kenyang menghisap darah. Maka dikatakan kecil macam pirah.

No comments:

Post a Comment