Restoran Food Board. Kepada
individu berada di Kelantan yang inginkan kelainan dari segi cita rasa makanan
boleh mencuba di Restoran Food Board. Lokasi restoran berkenaan di Lot 518,
PT482, Seksyen 17, Rumah Kedai, Lembah Sireh.
Restoran
Food Board menghidangkan menu masakan luar Kelantan. Kalaupun ada menu Kelantan
yang sediakan, ciri penting yang pertahankan ialah tidak manis dan tidak masin.
Ia tidak menyamai kebiasaan kebanyakan jenis menu Kelantan yang manis dan
masin.
Jadi,
kepada orang Kelantan yang menjamu selera di Restoran Food Board jangan komen
jika makanan kurang manis dan kurang masin, kerana itu memang identiti
restoran ini.
No comments:
Post a Comment