Pas sentiasa mengaitkan perjuangan mereka
dengan Islam. Lalu, akan dibuat perbandingan apa yang dilakukan dengan apa yang
berlaku pada zaman Rasulullah SAW untuk menaikkan semangat ahli.
Satu perkara yang selalu dikaitkan dengan
perjuangan Pas ialah disamakan dengan perjuangan Islam melawan kafir Harbi dengan
membandingkan perjuangan mereka seperti menyertai Perang Tabuk.
Hakikatnya pertandingan atau pilihan raya
menentukan kuasa atau kerajaan sesama umat Islam. Baik Pas, UMNO, PKR, Amanah
mahupun Bersatu semuanya, khususnya pimpinan tertinggi adalah orang Islam yang
mengikuti ajarannya seperti solat, haji, zakat, puasa dan yang mengucap 2
kalimah sahadah sama seperti mereka juga.
Sikap memandang musuh politik seperti bukan
seagama amat membahayakan. Ia boleh memesongkan fahaman dan sikap penyokong
parti. Sebab itu ada yang menganggap Pas itu Islam dan Islam itu Pas.
Jika tidak menyokong Pas samalah seperti
tidak menyokong Islam dan secara tidak langsung boleh dianggap tidak Islam atau
sekurang-kurangnya telah melakukan dosa besar.
Mereka membayangkan parti lain sebagai
parti kaum musyrikin yang perlu ditentang dan dilawan sebagaimana Nabi menentang
kaum musyrikin di Mekah.
Amat jauh sikap sesat mereka. Mereka
mentafsir sesuatu dengan nafsu marah dan hati yang buta kepada kebenaran. Kefahaman
ini perlu dibanteras daripada terus menguasai minda umat Islam.
Disebabkan mereka yakin bahawa perjuangan
mereka seperti peristiwa Perang Tabuk, maka mereka sanggup berjuang apa sahaja,
termasuk membelanjakan harta benda.
Peristiwa Perang Tabuk berlaku pada bulan
Ramadan. Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelusuk Semenanjung
Tanah Arab, sekali gus memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa
besar pada masa itu.
Lantas Hercules, Maharaja Rom Timur (Byzantine) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan menyerang utara Tanah Arab.
Apabila berita itu sampai kepada pengetahuan Nabi Muhammad SAW, Baginda SAW mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip sumbangan derma.
Pada masa itu, Semenanjung Tanah Arab
mengalami musim panas dan kesusahan, kebun tamar pula sedang berputik yang
perlu penjagaan.
Tambahan pula jarak antara Kota Madinah
dengan Tabuk yang cukup jauh. Iman umat Islam ketika itu benar-benar teruji.
Namun, mereka tetap taat kepada perintah
Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW sendiri memimpin tentera seramai 30,000 orang ke
utara Madinah.
Rasulullah SAW berada di Tabuk pada 26
Ramadan tahun 9 Hijrah. Baginda SAW bersama tentera Islam bergerak meninggalkan
Kota Madinah pada bulan Rajab dan tiba di Tabuk pada bulan Syaban. Peristiwa
ini sangat penting dalam lipatan sejarah dunia.
Buah-buahan mula menunggu masa masak untuk
dipetik menjadi rezeki sara hidup mereka. Allah SWT berfirman mendedahkan sifat
orang-orang munafiq yang berpura-pura Islam dan didedahkan sifat orang yang
ikhlas beriman sebenar-benarnya.
Firman Allah SWT bermaksud: “Kalau yang kamu
serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang
tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu
amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah:
Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu’. Mereka
membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya
mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.” (Surah Taubah, ayat 42)
Peristiwa bersejarah ini menyerlahkan
kekuatan tentera Islam yang menyerahkan harta dan diri mereka untuk Islam.
Mereka sedikit pun tidak beralasan
mengelakkan diri daripada menyumbang walaupun kemarau melanda membahangi
mereka. Sebaliknya mereka berlumba-lumba menyumbangkan harta masing masing.
Saidina Abu Bakar menyerahkan seluruh
hartanya, Saidina Umar pula menyumbang separuh daripada hartanya dan Saidina Uthman
yang kaya menyumbangkan terlalu banyak sehingga Rasulullah SAW berdoa supaya
Allah SWT meredainya sepanjang malam.
Orang yang miskin juga ada yang menyumbang
walaupun sedikit sekalipun diejek oleh orang-orang munafiq. Manakala orang yang
terlalu miskin, ada yang menangis kerana tiada harta dan kenderaan bagi
menyertai misi tentera Islam ke Tabuk.
Lantas Hercules, Maharaja Rom Timur (Byzantine) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan menyerang utara Tanah Arab.
Apabila berita itu sampai kepada pengetahuan Nabi Muhammad SAW, Baginda SAW mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip sumbangan derma.
No comments:
Post a Comment