Saturday, 23 April 2022

WANITA UNTUK DIAGIHKAN?

 
Ada satu papan tanda di sebuah masjid yang tertulis ‘KAUNTER AGIHAN WANITA’. Tentu sekali papan tanda itu mendapat perhatian banyak orang. Ia membawa maksud yang jauh berbeza dengan apa yang dimaksudkan oleh pembuat papan tanda itu.

Klausa ‘kaunter agihan wanita’ boleh membawa maksud “kaunter tempat wanita diagihkan’. Ia sama erti dengan ‘kaunter agihan zakat’, yang bermaksud ‘kaunter tempat zakat diagihkan”.

Klausa sepatutnya digunakan ialah ‘kaunter wanita’ yang bermaksud “kaunter yang dikhususkan kepada wanita”.

Kalau hendak lebih jelas maksudnya, boleh digunakan klausa “kaunter wanita untuk agihan bantuan”

No comments:

Post a Comment