Tun Abdullah dan Biro Tatanegara. Inilah kumpulan pertama (gambar) menggerakkan Biro Tatanegara (BTN)
secara rasmi.
Bermula di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), ketika itu Tun
Abdullah bin Ahmad Badawi menjadi Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU). Menteri KBS pada masa itu ialah Ali Haji Ahmad.
Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (AJK
Kebangsaan bersama Aminuddin Baki) adalah antara pengasas GPMS. Ali Haji Ahmad
serta Tun Abdullah pernah menjadi Presiden GPMS Kebangsaan.
Sukarelawan pula terdiri daripada bekas pemimpin-pemimpin
mahasiswa, pentadbir dan pensyarah di Univeriti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Institut Teknologi MARA (ITM - kini Universiti Teknologi MARA) dan Institut Teknikal Kebangsaan (ITK - sekarang Universiti Teknologi Malaysia). Universiti Pertanian Malaysia (UPM - kini Universiti Putra Malaysia) menyertai sekitar 1977, agak lambat,
tetapi kemudiannya sangat aktif. Demikian juga siswa maktab-maktab perguruan.
Untuk memberi liputan lebih luas ke seluruh negara dan
Jabatan, pada tahun 1981, apabila Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, BTN
diletakkan terus di bawah Perdana Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan
menjadi sebuah jabatan penuh.
Waktu itulah namanya ditukar menjadi Biro Tatanegara dan
ketuanya dipanggil "Pengarah Biro Tatanegara". Penjawat pertama jawatan Pengarah BTN itu di
Jabatan Perdana Menteri ialah Dato' Zolkifli Abdul (paling kiri di dalam
gambar).
Menterinya yang menjaga BTN ialah Tun Abdullah yang menjadi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1981. Atas arahan Tun Mahathir
dan Tun Abdullah, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang baru menyertai kerajaan,
dibawa turut terlibat dalam kerja-kerja BTN pada tahun 1984.
Dalam gambar kelihatan juga Hussein Kassim, pegawai
penyelidikan BTN.
Sumber - Tan Sri Nordin Kardi
No comments:
Post a Comment