Monday, 21 November 2022

JAGA NADA SUARA KETIKA IBADAT

 
Islam amat mementingkan adab, mengutamakan kebaikan dan menjauhkan mudarat, termasuklah dalam solat dan bacaan al-Quran.
 
Nabi Muhamnad SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya seorang yang menunaikan solat, adalah bermunajat kepada Rabb-nya 'Azza wa Jalla. Maka hendaklah dia meneliti semasa munajat itu, dan janganlah dia mengeraskan bacaan terhadap saudaranya yang lain dengan bacaan al-Quan". (Sunan Ahmad, 18,249 - dinilai sahih)
 
Justeru, tidak dibenarkan ibadat atau aktiviti yang boleh memberi mudarat dan mengganggu orang lain, seperti orang sakit, tua, orang lain yang sedang ibadat dan juga non Muslim.
 
Misalnya, membaca al-Quran dengan kuat hingga mengganggu tidur jiran, orang bertahajud, berzikir dan lain-lain adalah munkar (Ibn Jauzi), dan berdosa (M.S. al-Uthaimin).
 
Kalau dalam keadaan beribadat kita ditegah mengganggu orang lain, apa lagi dalam hal-hal lain.
 
Ada yang mengganggu lalu lintas dengan meletak kenderaan menghalang kenderan lain, memandu melalu sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain dan sebagainya.
 
Ada juga yang membuang sampah merata-rata yang sudah tentu tidak disukai orang lain, membuat bising, berada di tepi jalan yang mengganggu orang ramai dan macam-macam lagi.
 
Jadilah orang beriman yang tidak menyusahkan dan mengganggu orang lain.
 
Gambar hiasan - Jambu kancing

No comments:

Post a Comment