Thursday 1 December 2022

PCAK AGIH SUMBANGAN KEPADA ASNAF

 
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) dan Asnaf Food Bank (AFBank) secara berterusan terus membantu golongan asnaf di Kelantan. 

Program bantuan bulanan barang keperluan dapur antara yang dijadikan aktiviti tetap, selain menyalurkan bantuan kepada kumpulan tertentu apabila ada keperluan berbuat demikian.
 
PCAK badan berdaftar yang menjadi perantaraan antara penyumbang dengan penerima. 

Sumbangan diterima PCAK dikumpul daripada penyumbang terdiri syarikat, pertubuhan dan orang perseorangan. Sumbangan diterima sama ada dalam bentuk barangan mahupun wang.
 
Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.
 
Sumbangan wang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

No comments:

Post a Comment