Thursday, 10 April 2025

ECRL BUKAN KERETA API LAJU

 
Digambarkan hanya akan mengambil masa perjalanan dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak (TBG) lebih kurang empat jam, banyak yang menyangka projek landasan kereta api Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah kereta api laju.
 
Ironinya, ECRL bukan kereta api laju. Ia adalah projek kereta api menggunakan set kereta api unit pelbagai elektrik (EMU) dengan kelajuan operasi 160 kilomter perjam.
 
Kelajuan yang dianggap cepat untuk jarak perjalanan 665 kilometer itu kerana ketika beroperasi nanti keadaan landasan yang elok sepanjang jarak itu.

Keadaan itu membolehkan kereta api digerakkan secara kelajuan sekata dan tidak perlu diperlahankan seperti melalui landasan lama yang pada tempat-tempat tertentu perlu diperlahankan.
 
Seperti sedia maklum, landasan ECRL adalah satu trek atau satu landasan. Landasan ECRL akan digunakan oleh kereta api penumpang dan kereta api kargo. 

Gambaran - EMU model CJ6. 

No comments:

Post a Comment