Saturday, 25 January 2025

SEJARAH PELACUR MENJADI KETUA LANUN

 
Dalam sejarah lanun, lanun wanita bernama Ching Shih amat direrumi. Dia telah menguasai lebih 1,500 kapal dan 70,000 orang lanun lelaki yang perlu mengikut arahannya.

Ching dilahirkan sebagai Shih Yang pada 1775 dalam keluarga miskin di Guangdong, China. Selepas baligh, dia dipaksa menjadi pelacur di bandar pelabuhan Kantonis bagi membantu keluarga

Kerana kecantikan dan kebijakannya, dia cepat popular dan berjaya menarik pelanggan berprofil tinggi seperti pembesar istana dan pedagang kaya.

Pada 1801, ketua lanun, Zheng Yi telah bertemu Ching di Guangdong. Terpikat dengan kecantikan dan kebolehannya, Zheng melamar Ching. 

Ching bersetuju berkahwin sekiranya Zheng memberikan 50 peratus pendapatannya dan kuasa untuk mengawal sebahagian kumpulan lanunnya yang digelar Armada Bendera Merah (ABM). Lelaki itu bersetuju dan mereka berkahwin.

Ching telah mengambil bahagian sepenuhnya di dalam dunia lanun dan segala urusan ABM. 

Malah, dia turut menetapkan beberapa peraturan termasuklah hukuman mati kepada sesiapa yang enggan menurut arahan, merogol tahanan, curang dalam perkahwinan dan seks luar nikah.

Manakala, tahanan wanita pula dilayan dengan lebih baik. Tahanan yang lemah, tidak cantik atau mengandung pula akan segera dibebaskan. 

Di bawah pemerintahan bersama Zheng dan Ching, ABM telah berkembang dari segi saiz serta kekayaan. 

Bermula hanya 200 kapal semasa perkahwinan Zheng dan Ching, ia telah bertambah menjadi 1800 kapal hanya dalam masa beberapa bulan sehingga menjadi kumpulan lanun terbesar di dunia.

Zheng dan Ching telah mengambil seorang nelayan muda berusia 20-an bernama Cheung Po sebagai anak angkat. 

Zheng meninggal dunia pada 1807. Kematian Zheng telah membuat kedudukan Ching sebagai ketua tergugat.

Menggunakan kebijakan dan hubungan Zheng dengan lanun lain, Ching berjaya melawan kapten-kapten kapal yang cuba mengambil alih jawatan dan menjadikan anak angkatnya sebagai ketua kumpulan.

Kurang dua minggu selepas kematian Zheng, Ching berkahwin dengan anak angkatnya dan telah mengukuhkan kedudukan Ching di dalam ABM.

Ching terus memperkuatkan ABM dengan menawan perkampungan di pesisiran pantai dan mengawal seluruh Laut China Selatan. 

Manakala kapal yang mahu merentasi Laut China Selatan perlu membayar cukai serta sering merompak kapal penjajah British dan Perancis.

Kerajaan Dinasti Qing mahu menumpaskan ABM dan tentera laut China telah dihantar untuk bertempur dengan mereka di Laut China Selatan.

Dalam masa beberapa jam sahaja, tentera laut China telah ditahan dan Ching menggunakan peluang memberikan tawaran tentera tidak akan dihukum sekiranya mereka sertai kumpulannya.

Hasilnya, ABM terus membesar dan Dinasti Qing telah kehilangan banyak askar laut mereka.

Maharaja China rasa dimalukan apabila seorang wanita boleh mengawal sebahagian besar tanah, laut, orang dan sumber yang sepatutnya menjadi miliknya.

Disebabkan ini, Maharaja telah menawarkan pengampunan kepada semua lanun ABM. 

Pada masa yang sama, ABM turut diserang oleh Portugis dengan armada yang kuat. 

Ching bersara sebagai lanun pada 1810 dengan menerima tawaran pengampunan dari kerajaan China.

Kesemua lanun ABM kemudiannya menyerah diri selepas mendapat jaminan boleh menyimpan semua harta rampasan mereka. Manakala beberapa lanun diberikan pekerjaan di dalam ketenteraan atau kerajaan China.

Malah, Cheung juga telah menjadi kapten tentera laut Guangdong Dinasti Qing.

Ching melahirkan anak lelaki pada 1813 dan kemudian anak anak perempuan. Suami keduanya telah meninggal di laut pada 1822.

Ching telah berhijrah ke Macau bersama anak-anaknya dan mula membuka rumah perjudian dan perdagangan garam. Ketika akhir hidupnya, dia sempat membuka satu rumah pelacuran di Macau.

Keturunannya dikatakan masih menjalankan perniagaan perjudian dan pelacuran di kawasan itu sehingga sekarang.

Ching meninggal pada 1844 ketika usia 69 tahun,   

Sumber: History Hit. 

No comments:

Post a Comment