Thursday 20 May 2021

RM114 juta bukan wang 1MDB

Memang aku gembira bila pendakwaraya gagal lucutkan hak RM114 juta kerana wang itu bukan wang 1MDB.

Masa pihak berkuasa datang menerjah dan menyelongkar kediaman DSN, aku tengok ramai yang gembira kerana bagi mereka DSN adalah penyangak dan perompak negara.

Kerajaan PH siap buat live. Setiap barangan yang diusung keluar dipaparkan pada rakyat. Bersungguh-sungguh mereka mahu mengaibkan DSN.

Pagi tadi hakim mahkamah jenayah menolak pertuduhan terhadap Najib.

Sebenarnya jika kita boleh gunakan akal fikiran, perkara ni mudah untuk difahami. Sebagai Presiden UMNO ketika itu, DSN bertanggungjawab merancang dan mengagihkan wang tunai ke setiap Bahagian UMNO dalam tempuh pilihanraya. Bila pilihanraya tamat, sudah pastilah ada bakinya.

Pihak PH tahu kerana ini perkara biasa. Tapi mereka sengaja mengambil kesempatan itu untuk mencemarkan nama baik DSN. Mereka menuduh DSN mencuri Wang 1MDB dan menyembunyikan di kediamannya.

Sekarang ini apakah mereka-mereka yang termakan dan terpecaya malah menghina dan mencerca DSN sesal dengan sikap mereka?

Aku sangat kecewa melihat betapa ceteknya pemikiran mereka-mereka yang bertepuk tangan. Mereka tidak sabar melihat DSN disumbatkan ke penjara.

Yang lebih menjelekkan, ramai lagi yang tidak berubah. Aku tidak hairan jika mereka itu dari kalangan yang bukan kaum sebangsa ku. Kaum lain bagai sudah didoktrinkan membenci bangsaku dan agamaku. Tapi aku kecewa apabila anak bangsaku yang gagal berfikir.

Apa sudah jadi dengan bangsa aku yang mudah sangat terpedaya dengan dakyah dan persepsi jahat yang dibina oleh musuh politik DSN. Apa sudah jadi dengan bangsa aku yang langsung tiada perasaan simpati apabila seorang mantan PM diperlakukan seperti seorang penjenayah di bulan Ramadan?

Tidak mengapalah. Apapun aku tetap bersyukur dengan berita hari ini. Aku juga amat yakin bahawa segala pertuduhan yang lain terhadap DSN adalah juga konspirasi jahat kumpulan yang sama. Insya Allah, nanti akan terserlah satu per satu kejahatan mereka.

Terima kasih kepada semua yang terus berdoa. Kita sentiasa bedoa agar DSN mendapat keadilan. Kita juga mahukan DSN terus kuat. Sesungguhnya Allah SWT berpihak kepada orang yang benar.

RAJA ANNUAR ADNAN
20 Mei 2021

No comments:

Post a Comment