Friday 14 May 2021

Keluarga menteri langgar SOP

Rakyat akur dengan SOP PKP. Tidak boleh rentas daerah. Tidak dibenarkan rentas negeri. Bahkan tidak dibenarkan rentas pintu rumah jiran di sebelah rumah atau satu taman. Anak-anak diharamkan rentas pintu rumah ibu bapa jika atas alasan ziarah Aidilfitri.

Malang sekali, ada menteri yang anak-anak tinggal berlainan rumah boleh pula rentas masuk pintu rumah menteri berkenaan.

Kalau rakyat kata ada kasta kayangan yang boleh laku itu dan ini, ke sana ke sini melanggar SOP, terus dijawab pihak kerajaan bahawa tidak beza layanan antara menteri dengan rakyat biasa.

Rakyat berhak marah perkara ini. Jika tidak mahu rakyat marah, sikap para menteri dan kluster kayangan tolong jaga tindak tanduk masing-masing. Rakyat memerhati dan menghakimi anda.  

No comments:

Post a Comment