Thursday 2 June 2022

MAKSUD ‘PERIT’ DIALEK KELANTAN

 
Definisi ‘perit’ dalam bahasa baku ialah rasa sakit (seperti luka kena ubat dan lain-lain), pedih, perih.

Namun, dalam dialek Kelantan terdapat dua maksud untuk perkataan ‘perit’. Pertama adalah bermaksud terkedip-kedip (mata) dan kedua adalah serik.

Ini bermakna jika perkataan ‘perit’ disebut penutur dari Kelantan ia boleh membawa tiga maksud iaitu pedih, terkedip-kedip dan serik.

Untuk membezakan maksud bergantung kepada situasi perkataan itu disebut dan intonasi penuturnya.

No comments:

Post a Comment