Saturday 28 May 2022

RESTORAN SRI TANJUNG PULAU RENJUNA

 
Restoran Sri Tanjung Pulau Renjuna. Kepada yang ingin pengalaman menikmati hidangan makan di kawasan pulau di tepi sungai yang damai dan sesekali mendengar enjin bot, berkunjung ke Restoran Sri Tanjung adalah pilihan terbaik.

Restoran Sri Tanjung terletak di tepi sungai laluan bot yang menjadi pengangkutan utama penduduk di Kepulauan Delta Sungai Kelantan.

Pengunjung boleh ke sana dengan menaiki bot di Jeti Kuala Besar, Kota Bharu atau melalui Jeti Kok Majid, Tumpat. Ada bot penambang yang menyediakan perkhidmatan membawa penumpang yang fungsinya seperti teksi air.


No comments:

Post a Comment