Tuesday 18 October 2022

SEBAB MENGAPA HARGA BULUH MENINGKAT

 
Untuk Siaran Media
 
Berikutan Pengumuman PRU, sukacita dimaklumkan bahawa harga baru buloh untuk dipasang bendera dinaikkan sebanyak RM10 bagi setiap size. Kenaikkan ini tidak dapat dielakkan kerana:
- Penurunan nilai Ringgit berbanding Dollar Amerika
- Masalah pekerja nak tebang dan ambil buloh (musim hujan demo tak mau kerja takut demam)
- Musim hujan, jalan licin
- Miang buluh payah nak hilangkan
 
Harga sebenar mengikut lokasi boleh didapati dengan Ahli Persatuan di seluruh Semenanjung
 
Nota:
Khidmat pacak buluh atas pokok tak buat lagi kali ni, takut kena panah petir musim hujan.
 
Sekian
Buloh Bin Kasap
Ketua Umum
Persatuan Penanam dan Pemborong Buluh Semenanjung Malaysia
 
Cetakan Komputer Tiada Tandatangan.

No comments:

Post a Comment