Tuesday 4 October 2022

MAKSUD ‘KOKAP’ DIUCAPKAN ANGGOTA TENTERA

 
Pernahkah anda mendengar atau menyebut perkataan ‘kokap’? Perkataan ini memang jarang digunakan sama ada dalam bentuk tulisan mahupun pengucapan. 

Namun di kalangan anggota tentera, perkataan kokap kerap diucapkan sebagai yang boleh dianggap bahasa atau perkataan slanga, iaitu kata-kata, ungkapan dan sebagainya yang tidak tergolong dalam bahasa baku, biasa digunakan dalam percakapan tidak rasmi.

Perkataan kokap diucapkan di kalangan anggota tentera apabila merujuk kepada keadaan anggota yang tidak cekap, tidak cermat atau ketidakupayaan menyempurnakan sesuatu tugasan atau perbuatan.

Tidak pasti dari mana asal perkataan kokap ini. Mungkin juga berasal daripada perkataan cemerkap. Perkataan cemerkap bermaksud tidak cemat, kasar atau gagal melakukan sesuatu pekerjaan dan lain-lain.

Awalan perkataan kokap iaitu ‘ko’ mungkin merujuk kepada ‘engkau’ dan ‘kap’ pula adalah sebahagian perkataan cemerkap. Maka jadilah kokap. 

Satu lagi kemungkinan asal perkataan lokap ialah daripada perkataan Inggeris "cock-up” yang bermaksud melakukan kesalahan, tidak cekap, tidak kompeten atau sesuatu yang memalukan. 

Dahulu, ketika negara belum mencapai kemerdekaan, anggota tentera adalah terdiri daripada orang Inggeris, sebelum beransur-ansur digantikan oleh anak tempatan. 

Ada sesiapa boleh beritahu asal perkataan kokap sebenarnya?

Gambar: 31 Disember 1995 - Pegawai Graduan Ambilan Siri 11

No comments:

Post a Comment