Pengertian iman menurut istilah syarak ialah
pengakuan dengan lidah, membenarkan pengakuan itu dengan hati dan
mengamalkannya dengan anggota. Keimanan itu diasaskan atas keyakinan yang kukuh
terhadap enam rukun iman iaitu beriman kepada Allah, malaikat, kitab, rasul,
hari akhirat dan beriman kepada qadak dan qadar.
Semua rukun iman itu mesti
diyakini dengan teguh dalam erti kata yang sebenar. Kita tidak boleh menerima
separuh-separuh saja dan membuang yang lain. Jika kita tidak mempercayai
mana-mana Rukun Iman, bermakna keimanan kepada Allah tidak
sempurna.
Contohnya, ada orang hanya percaya kepada Allah, tetapi tidak percaya kepada kitab. Hal itu berlaku disebabkan mereka tidak faham sepenuhnya mengenai gagasan rukun Iman yang perlu dirangkumi kesemuanya.
Contohnya, ada orang hanya percaya kepada Allah, tetapi tidak percaya kepada kitab. Hal itu berlaku disebabkan mereka tidak faham sepenuhnya mengenai gagasan rukun Iman yang perlu dirangkumi kesemuanya.
Banyak orang mengaku beriman,
tetapi dari segi tingkahlakunya tidak melambangkan seperti apa yang
diucapkannya. Keadaan ini terjadi disebabkan tahap keimanan yang belum kuat
sepenuhnya.
Apa yang dilakukan oleh
manusia sepenuhnya terpulang baik dan buruknya terdiri sendiri. Allah tidak
mendapat apa-apa keuntungan atau kerugian atas apa yang dilakukan oleh manusia.
Ini kerana Allah tidak memerlukan apa-apa pertolongan daripada manusia.
Sebaliknya, manusialah yang memerlukan pertolongan Allah.
Firman Allah bermaksud:
"Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka kebaikan akan terpulang kepada
dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan, bahaya akan menimpa
dirinya sendiri. Dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-Nya."
(Surah Fussilat, ayat 46)
No comments:
Post a Comment