Merdeka. Merdeka. Merdeka, Laungan keramat 31
Ogos 1957 tanda negara telah merdeka. Bebas daripada kuasa penjajah.
Namun, apakah gunanya merdeka jika jiwa
masih kolot dan jumud? Apakah gunanya negara berpotensi hebat tetapi masih
dengan minda yang terperangkap? Apakah gunanya merdeka jika masih ramai lagi
terdesak dan terkurung dengan kesusahan pendapatan yang tidak berubah daripada
80-an, 90-an dan sehingga kini?
Merdeka bukan sahaja daripada penjajah.
Banyak yang kita perlu usahakan untuk mengisi erti kemerdekaan sebenar.
Rakyat perlu dibangkitkan dengan semangat membina
negara bangsa dengan bersungguh-sungguh melalui penghayatan dan pengamalan,
bukan semata-mata slogan dan retorik.
Jiwa merdeka adalah semangat perpaduan dan
kerjasama. Padamkan api perkauman dan agama. Islam tidak pernah mengajar
umatnya memusuhi mana-mana penganut agama lain yang tidak mengancam kedudukan
Islam.
Sebarkan kasih sayang dan kenal mengenal
sesama rakyat, bukannya perasaan iri hati, curiga dan persengketaan.
Jiwa merdeka tidak jumud atau taasub
semata-mata. Fikiran menerjah dalam segenap kebijaksaan dan kematangan. Tahu
membezakan antara baik dan buruk,
Kerja pembodohan rakyat perlu dimurnikan
dengan proses mencerdikan rakyat dalam bernegara dan beragama. Sebarkan ilmu
dan kebenaran.
Cerdikan rakyat dengan politik idea,
progresif dan matang. Bukan politik indoktrinasi sesat. Politik yang
menghancurkan.
Bangkitkan kefahaman tentang budaya kritis
dan berfikir yang menjauhkan rakyat daripada terperangkap dengan 'penunggang
agama'. Berpolitik ikut cara agama, bukan menunggang agama tutup perbuatan
keji.
No comments:
Post a Comment