Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara
berperanan sebagai ‘payung’ atau pelindung kepada seluruh rakyat Malaysia.
Peranan sebagai Ketua Negara ini tidak boleh dipisahkan daripada persoalan
mengenai keselamatan keseluruhan Persekutuan Malaysia.
Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan juga
meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata
bagi Malaysia.
Peranan institusi Raja dalam memayungi
agama Islam di negara ini juga membuktikan bahawa institusi Raja di negara ini
adalah bersifat fungsional, bukannya bersifat lambang atau boneka semata-mata.
Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam di
negeri-negeri baginda, manakala bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka,
Sabah dan Sarawak, Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua agama bagi negeri
berkenaan.
Baginda akan dirujuk dan apa-apa perkara
berkaitan agama Islam serta baginda berhak untuk menegur dan membetulkan yang
mana yang perlu serta memberikan cadangan mengenai apa-apa perkara berkaitan
pelaksanaan Islam di negara ini.
Fungsi baginda itu adalah selari dengan
Perkara 3 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Raja-raja adalah Ketua
Agama Islam dalam negeri naungan baginda yang mempunyai kuasa atas hal ehwal
Islam.
Segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati oleh baginda sebagai ketua agama Islam tidak boleh dipersoal atau dipertikai.
No comments:
Post a Comment